Nuzul Al-Quran: Peristiwa Agung Dalam Ramadan Yang Harus Difahami
Pada malam Jumaat 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada tempoh keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW, berlaku satu peristiwa yang cukup bermakna buat seluruh umat manusia sehingga akhir zaman.
Peristiwa tersebut adalah turunnya al-Quran secara berperingkat daripada Allah SWT melalui perantaraannya, Malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW.
Ketika itu, Nabi Muhammad SAW sedang berkhalwat iaitu menyendiri di Gua Hira bagi mencari kelazatan dalam beribadah kepada Allah SWT.
Dalam peristiwa itu, turunnya lima ayat pertama iaitu surah al-Alaq dan prosesnya terus berlaku dari semasa ke semasa sehingga lengkapnya al-Quran yang ada pada hari ini.
Al-Quran bukanlah untuk sesuatu kaum atau bangsa sebaliknya al-Quran adalah panduan hidup seluruh umat manusia yang sudah dikemas kini dan relevan sepanjang zaman.
@suaramerdekamy Ada orang tu.. ada ke patut buat quran tempat simpan duit.. katanya nak elak toyol curi.. tapi quran langsung tak pernah baca!