Nasional

Nurul Hayati Hassan Kata Peguam Siti Bainun Cuma Client Hafidzah Hassan

Seorang wanita yang berkhidmat sebagai agen takaful, Nurul Hayati Hassan dipercayai merupakan kakak kepada Hafidzah Hassan tampil mempertahankan adiknya dalam media sosial.

Kata Nurul Hayati, Hafidzah Hassan tidak membela Siti Bainun sebaliknya peguam kepada Siti Bainun adalah pelanggan (client) kepada Hafidzah Hassan (Jah).

“Hafidzah Hassan (Jah) tu my sister. First of all, dia tak bela Bainun. Dia peguam sivil. Dia buat kes fitnah. Maksudnya lawyer Bainun adalah client Jah.

“Bila lawyer Bainun bagi Jah bukti, Jah pun buatlah kerja dia. Dapat diari, diarilah dia guna. Dapat gambar, gambarlah dia guna,” katanya menerusi satu posting di Facebooknya.

Kongsi Nurul Hayati lagi, yang berkata saksi menipu adalah peguam Siti Bainun dan Hafidzah memainkan peranan untuk menyoal kembali saksi tersebut.


“Client Jah kata, saksi penipu. Cerita asyik bertukar. Jah pun soal lah saksi tu. Dah memang kerja dia. Tak payah nak serang peribadi Jah sebab dia buat kerja dia sahaja. Masuk neraka ke tidak, kita pun tak tahu.

“Sama macam kes Bella. Kita tak tahu apa jadi. Lawyer macam mana kasihan dekat mangsa pun, dia masih kena siasat dan mereka kerja ikut bukti. Bukan emosi. Yang emosinya, kita,” tulisnya.

Nurul Hayati Hassan

Akui Nurul Hayati, dia pun menangis melihat keadaan Bella kerana dia juga menyebelahi Bella namun tidak tahu apa yang terjadi.

“Saya pun nangis tengok Bella. Saya pun sebelahkan Bella. Tapi saya tak tahu apa jadi. It’s not my place. untuk pergi jaja cerita yang saya tak tahu. Namanya kan fitnah?

“Lawyer Bella harapnya powerlah nak buktikan yang bella memang didera. Saya nak diorang menang. Aminahtul dan Asiah kalau kalah pun saya ok je. Jah kalau kalah pun saya ok je,” luah Nurul Hayati.

Kata Nurul Hayati, kalau boleh dia pun tidak mahu adiknya terlibat dalam kes ini tetap perlu bangkit untuk mempertahankan kedudukan kerjaya adiknya yang sering disalah anggap.

“Kalau boleh, saya tak nak pun Jah get involved kes ni. Tapi itu memang kerja dia. Sedapnya cakap peguam semua masuk neraka. Habis kalau dia masuk syurga, awak yang masuk neraka? How about peguam yang memang fight untuk orang teraniaya?

“Macam mana pun, adakah saya nak menjaja cerita yang tak betul hanya sebab saya pun ada anak OKU? Ikut agama saya, berdosa besar lah saya kalau saya buat macam tu. Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh,” tegasnya.

Mengakhiri penulisan di Facebooknya, Nurul Hayati berkata kalau nak tolong Bella, bukan memekak sahaja.

“Pergi cari bukti. Pergi soal jiran jiran. Pergi lah hospital. Cari CCTV. Macam mana bising pun korang, akhirnya bahan bukti jugak yang diguna pakai.

“Kesimpulannya, jangan komen benda yang kita tak tahu. It might hurt a lot of people,” kata Nurul Hayati.

Baca Juga: “Itulah Peguam Yang Nak Saman Saya Dulu Sebanyak RM900K” – Nabila Huda

(Visited 2,603 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button