Hiburanpilihan

Noh Salleh Dan Mizz Nina Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Gombak Timur? – Netizen

Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama dan perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, laporan media tempatan menyatakan usaha wartawan untuk mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula.

Sebelumnya, akhbar ini melaporkan Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.

Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan Noh, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button