Nasional

UPSI jadi tumpuan hampir 8000 atlet, pegawai teknikal sempena SUKIPT 2022

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menyaksikan hampir 8,000 atlet dan pegawai sukan akan berkampung bagi menyertai Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula 12 hingga 21 Ogos ini.

Md Amin bersama kakitangan di bawah portfolio Naib Canselor mengadakan aktiviti sempena program Rabu Untuk Qalbu di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menzahirkan ucapan menyambut kehadiran semua atlet daripada semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang akan bertarung merebut 208 pingat emas yang ditawarkan sempena kejohanan.

“Sebanyak 21 acara akan dipertandingkan dan kita yakin semua atlet yang mewakili institusi masing-masing bersemangat dan sudah bersedia untuk bersaing merebut pingat demi mengharumkan nama institusi masing-masing ” katanya.

Menurut beliau sebanyak 60 kontinjen akan mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan termasuklah bola sepak, lawn bols, badminton, sofbol, futsal, silat, kayak, petanque, golf, ragbi 7’s, karate, olahraga, hoki, skuasy, memanah, catur, ping pong, sepak takraw, taekwondo, bola jaring, serta renang.

Prof Madya Dr Norkhalid Salimin.

Menurut Md Amin SUKIPT antara platform untuk atlet terpilih menyertai Kejohanan Universiti Asean, Sukan Malaysia (SUKMA) serta Sukan SEA.


“Ramai atlet yang terpilih mewakili Malaysia ke Sukan SEA dan berjaya meraihpingat emas untuk negara seperti baru-baru ini yang berlangsung di Vietnam.

Beliau berkata UPSI memiliki kemudahan sukan yang lengkap di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa berkeluasan kira-kira 850 ekar terletak di Proton City, kira-kira 10 kilometer dari pekan Tanjung Malim.

Pandangan kawasan berlangsungnya SUKIPT 2022 di Kampus Sultan Azlan Shah , Proton City dari udara.

Ketika berucap sempena program Rabu Untuk Qalbu bagi pusat tanggungjawab di Jabatan Canselori di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil Shah semalam, Md Amin turut berpesan kepada kakitangan UPSI agar menjaga imej universiti dan turut hadir beramai-ramai bersama keluarga menyaksikan atlet SUKIPT bertarung.

Katanya, majlis perasmian SUKIPT yang gilang-gemilang akan disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 13 Ogos jam 8.00 malam di di Stadium UPSI.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata UPSI sudah bersedia untuk menerima pegawai dan atlet SUKIPT yang akan ditempatkan di kolej-kolej kediaman iaitu Kolej Harun Aminurrashid, Kolej Awang Had Salleh, Kolej Za’ba serta Kolej Aminuddin baki yang terletak di kampus Sultan Azlan Shah.

Semua atlet dan pegawai sukan akan mula berada di Tanjung Malim bermula pada 9 Ogos nanti dan pastinya memberi impak kepada pengusaha-pengusaha kafetaria di dalam kampus dan aktiviti ekonomi setempat.
Menurut beliau seramai 700 pelajar diploma dan ijazah sarjana muda UPSI terlibat sebagai sukarelawan yang akan membantu sepanjang kejohanan berlangsung.

Hari ini, katanya, berlangsung sesi taklimat SUKIPT untuk semua ketua kontinjen serta majlis undian rasmi SUKIPT 2022 di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

 

(Visited 171 times, 4 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button