Politik

Nik Nazmi sedih Dr. Musa dilabel pemuja DAP

PERBEZAAN pandangan antara doktor swasta Dr. Musa Nordin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah perlu dilihat dari perspektif seorang pengamal kesihatan terhadap seorang penjawat awam.

Menurut Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Islam sendiri kaya dengan perbezaan pandangan dan adab iktilaf sudah digariskan dari dulu.

Katanya, banyak alim-ulama dan sarjana berbeza pandangan dalam sejarah tamadun Islam.

“Jadi misalnya bila Dr Musa Nordin berbeza pandangan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia patut dilihat dari perspektif seorang pengamal kesihatan mengutarakan pandangannya terhdap penjawat awam kesihatan paling kanan di negara.

“Soal sama ada kita setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Musa adalah perkara kedua,” kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan yang dilemparkan terhadap Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara.

Nik Nazmi berkata, beliau berasa sedih apabila membaca Dr. Musa dilabel sebagai ‘pemuja DAP’ oleh akhbar rasmi sebuah parti Islam.

Media sebelum ini melaporkan Dr. Musa mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi petugas kesihatan daripada virus COVID-19 berikutan kira-kira 30 orang daripada mereka dijangkiti wabak tersebut.

Dalam laporan itu, Dr. Musa yang dipetik daripada wawancaranya dalam sebuah program bual bicara di televisyen turut menggesa Dr. Noor Hisham dan pasukannya turun ke kelapangan dan melawat hospital-hospital yang terjejas.

Doktor swasta itu juga mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi dengan alatan perlindungan yang diperlukan termasuk PPE.

Ekoran itu banyak pihak menganggap tuduhan Dr. Musa Nordin terhadap Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan  kononnya tidak melindungi petugas penjagaan kesihatan (HCW) dalam memerangi COVID-19 dianggap sebagai sangat melampau.

Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berkata, tuduhan Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara  tersebut tidak adil kerana kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kegunaan dokor adalah masalah global.

Prsiden I-Medik, Profesor Dr. Azmi Md Nor berkata, perkhidmatan kesihatan di negara-negara maju seperti United Kingdom (UK), Perancis dan Itali juga mengalami kekurangan PPE sehingga mengakibatkan kematian doktor dan jururawat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button