NegeriRencah HidupUncategorized

Nikmati pulut, jus harumanis di “warung dalam kebun” di Perlis

MENIKMATI pulut harumanis bersama dengan jusnya di dalam kebun mangga ini adalah “healing” yang sangat menarik jika dilakukan ketika ini.

Sementara musim buah “emas” harumanis ini masih ada, rebutlah peluang ini kerana ia bakal mencatatkan kenangan yang indah.

Warung Harumanis di Hutan Temin, Oran mencipta kelainan apabila menyajikan pulut mangga dan jus harumanis di dalam kebun harumanis.

Warung Harumanis milik Hanan Saad, 39 di Hutan Temin, Oran, Mata Ayer adalah “warung dalam kebun” yang ditunggu-tunggu sebelum musimnya berakhir tidak lama lagi.

“Tiga tahun sebenarnya saya baharu boleh merealisasikan impian membuka warung ini,” kata Hanan.

Sebaik sahaja memasuki bulan Syawal yang kebetulan tuaian harumanis bermula, Hanan mula membuka warung ini.

“Saya rasa ini masa terbaik kerana ramai yang berhari raya di kampung pastinya mahu menikmati makan pulut mangga di dalam kebun harumanis,” katanya.

Beliau tidak menjangka bermula dengan tempahan secara kumpulan kini sambutan sangat menggalakkan.

Katanya, warun ini dibuka setiap hari mulai 9.30 pagi sehingga pukul 6.30 petang.

Hanan berkata, di awal pembukaan beliau turut menjual mangga harumanis tetapi sekarang bekalan sudah habis.

Ada yang mengambil kesempatan bergambar di dalam kebun di Warung Harumanis di Hutan Temin, Oran, Perlis.

“Warung ini setakat ini hanya sediakan menu berasaskan harumanis dan terbaharu ada nasi lemak,” katanya.

Hanan memberitahu, dia turut dibantu isteri termasuk urusan memasak pulut dan nasi lemak selain menjaga warung pada sesi petang.

Katanya, setakat ini pelanggan paling jauh datang dari Johor dan dua kali berkunjung ke Warung Harumanis.

Salah seorang ditemui Suara Merdeka, Khairi Ibrahim, 37 yang datang bersama isteri dan anak dari Pulau Pinang.

Kata Khairi, pulut harumanis dan jus ini memang enak dan rasa puas hati walau datang jauh.

Selain itu para pengunjung juga berpeluang menikmati kopi oleh County’s Kopi yang diusahakan pasangan suami isteri Fahmi dan Shikin dari 9.30 pagi hingga 2 petang. – SM

BACA Musim harumanis dijangka lebih panjang tahun ini hingga Julai

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button