Nikmati pas Rapid MyCity RM5, RM15
PENGGUNA semua perkhidmatan rel dan BRT Rapid KL dapat menikmati diskaun tambahan pas MyCity yang boleh didapati dengan harga RM5 untuk sehari dan RM15 untuk tiga hari, bermula esok (1 Julai) hingga 31 Dis depan.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Muhammad Nizam Alias berkata pas MyCity itu boleh didapati di semua 122 stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.
“Rangkaian rel dan BRT Rapid KL bersepadu kami yang strategik, akan memberi anda peluang menikmati perjalanan tanpa had secara meluas di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pas MyCity daripada kakitangan Rapid KL di stesen rel atau BRT. Mereka juga boleh melayari media sosial Rapid KL atau laman web: www.myrapid.com.my. – BERNAMA