Travel

Nikmati berbuka sambil bermesra bersama haiwan di Farm In The City

Farm In The City sememangnya popular dengan kunjungan orang ramai melihat haiwan-haiwan yang comel di situ namun buat pertama kalinya sempena bulan Ramadhan orang ramai boleh nikmati berbuka puasa dengan sajian ala kampung.

Dihidangkan oleh Hidayah Catering, yang mempunyai kepakaran lebih 30 tahun dalam masakan Melayu. Daripada kegemaran klasik kepada ciptaan inovatif, lebih daripada 88 hidangan setiap hari.

Selain itu terdapat juga permainan kampung tradisional seperti Congkak dan banyak lagi, sesuai untuk mengimbau kenangan indah dan mencipta yang baharu bersama keluarga dan rakan-rakan.

Harga yang ditawarkan hanya RM98 untuk seorang dewasa dan RM58 untuk seorang kanak-kanak. Manakala pomosi harga beli awal sebelum 20 Marc 2024 hanya RM88 untuk seorang dewasa dan RM55 untuk seorang kanak-kanak.

Nikmati pengalaman unik di Lembah Klang: Nostalgia Desa Iftar menonjol sebagai destinasi utama bagi mereka yang mencari pengalaman Iftar yang asli dan mengasyikkan di Lembah Klang. Selami pemandangan, bunyi dan cita rasa Kampung Iftar, mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup

Untuk berbuka puasa disini, terdapat promosi disediakan antaranya, beli pakej Buffet 1 pax dan anda akan menerima baucar tiket masuk Farm In The City dimana jika anda beli 1 tiket dan anda akan menerima PERCUMA 1 TIKET. Selain itu, beli 10 pax Buffet dan anda akan menerima 1 pax Buffet secara PERCUMA.

Artikle Berkaitan :>

Covid-19: Hidupan liar di taman-taman zoologi turut terjejas

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button