Sukan

Newcastle atasi Everton melalui dua gol Collum Wilson

STEVE Bruce telah membaca autobiografi Carlo Ancelotti, Quiet Leadership dan seperti memberikan ulasan bertaraf lima bintang apabila pasukannya turut mengetepikan permulaan cemerlang Everton musim ini.

Dipercayai, Pengurus Newcastle itu telah mendapat inspirasi daripada buku tersebut apabila Everton turun hanya sebagai pasukan kedua terbaik tewas dengan dua gol jaringan Callum Wilson.

“Tidak ada apa yang lebih baik dari ini. Kami tahu ini merupakan pertarungan terhadap seorang pengurus yang hebat tetapi kami berhak. Secara taktiknya, kami betul,” kata Bruce.

Dengan Seamus Coleman dan James Rodriguez cedera serta LuCas Digne dan Richarlison digantung, memaksa pengurus Everton melakukan rombakan.

Ia membabitkan pemilihan lima pemain tengah dalam kesebelasan utama pelawat.

Pembentukan pasukan juga tanpa Jordan Pickford, penjaga gol England yang diletakkan di bangku simpanan dengan Ancelotti berkata dia direhatkan bukannya digugurkan.

Wilson meletakkan Newcastle di hadapan hasil sepakan penalti selepas dia dijatuhkan oleh Andre Gomez.

Pada minit 84 Wilson sekali lagi menghukum pertahanan Everton yang bermula dari hantaran jauh Jamal Lewis kepada Ryan Fraser, hantaranya terkenal pertahanan lawan dan disempurnakan oleh Wilson.

Dominic Calvert-Lewin mengurangkan defisit pada masa kecederaan. Itu saja yang mampu dilakukan Everton.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button