Sukan

Penalti Aubameyang bantu Arsenal tewaskan Man United

ARSENAL berhak menang kerana permainan mereka baik walaupun ia bukanlah satu perlawanan yang berkualiti.

Petualang Manchester United pada perlawanan malam tadi adalah Paul Pogba kerana melakukan terjahan membabi-buta dalam kotak penalti ke atas Hector Bellerín, sedangkan ketika itu pemain asal Sepanyol itu bukannya mengarah ke pintu gol.

Itu membawa kepada sepakan penalti yang disempurnakan oleh Pierre-Emerick Aubameyang ketika permainan berbaki 20 minit dan United terus terkapai-kapai untuk mencari gol penyamaan yang tidak muncul-muncul.

Ini memberikan Arsenal kemenangan dalam Liga Perdana yang pertama ke atas United sejak 2006 dan ia juga bermakna perlawanan ke-100 kendalian Ole Gunnar Solskjær berakhir dengan 24 kekalahan seterus menimbulkan persoalan mengenai kedudukan pengendali Red Devil itu.

Kemenangan malam tadi merupakan tiga mata pertama Gunner untuk tempoh sebulan ini memberikan mereka 12 mata untuk bergerak ke tangga kesembilan, tetapi United hanya mempunyai tujuh mata dari enam perlawanan dan di tangga 15.


 

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button