Sukan

Gol pertama ceriakan Bale ketika Spurs ketepikan cabaran Brighton

MUKA Gareth Bale jelas terpancar kegembiraan seperti menceritakan apa yang tersirat di hatinta.

Perasaannya tentu seperti kembali ke masa lalu untuk penyerang asal Wales itu ketika dia berlari ke arah rakan sepasukan untuk meraikan jaringannya.

Dimasukkan pada minit 70 dan diberikan tugas untuk memecahkan tentengan yang diberikan Brighton, Bale mengembalikan kenangan lama bersama Tottenham Hotspur apabila menanduk masuk gol kemengan selepas tiga minit bermain.

Ia mengingatkan kepada sumbangannya yang memberikan kemenangan dramatik di hujung-hujung permainan pada hujung musim 2012-13.

Namun sebelum itu Spurs seperi terkena sumpahan apabila sekali lagi melepaskan gol selepas mendahului, membenarkan Brighton pulih daripada permulaan yang perlahan bagi menyamakan kedudukan melalui Tariq Lamptey. Ia kelihatan Tottenham akan mencatatkan keputusan seri untuk kali ketiga berturut-turut yang akan menyaksikan Jore Mourinho mempersoalkan kekuatan mental anak-anak buah.

Namun, perlawanan malam tadi  menampilkan cerita berbeza, walaupun ledakan Bale tidak sehebat dulu, tetapi dia belum hilang keupayaan untuk mencari ruang dan dia berada di tempat yang tepat apabila Sergio Reguilon melakukan hantara pada minit 73, melepaskan diri dari pertahanan Brighton untuk menjaringkan gol seterusnya mengangkat Tottenham ke tempat kedua liga, dua mata di belakang Liverpool.

“Saya akan ke laman web Real Madrid untuk tengok apa mereka kata,” kata Mourinho.

Gol pertama Bale sejak kembali ke Tottenham sangat penting kerana mereka perlu kekuatan di bahagian depan untuk membantu Harry Kane dan Son Heung-min.

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button