Netizen Terimbau Kenyataan ‘Seseorang’ Pada 2020 Yang Diulangi Pada 2021
Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan janganlah buat sesuatu kenyataan yang pelik-pelik dan boleh mengundang perdebatan masyarakat yang penuh dengan keintelektualan.
Zaman ini bukan zaman yang sukar dicari bukti ucapan-ucapan terdahulu. Bukan zaman surat khabar yang selesai orang membaca, dibuatnya sebagai bungkusan nasi lemak.
Hari ini segala dosa silam umat manusia boleh dicari menerusi capaian link sahaja. Sudah tak perlu masuk ke perpustakaan mencari bahan arkib untuk berjam-jam lamanya.
Kalau sesuatu berita itu tidak pasti sahih atau tidak, Google sahaja. Kalau tersiar di platform media rasmi (bukan blogspot sembarangan), maka sah kenyataan itu wujud.
Hari ini netizen kembali mengorek kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Covid-19 Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad yang pernah diucapkan dalam sidang media pada tahun 2020.
Meneliti ucapannya dalam sidang media sekali lagi hari ini, netizen bimbang Dzulkefly mengulangi sejarah lama yang sepatutnya buatkan menteri Malaysia belajar dari kesilapan!