Nasional

Nasib Neelofa, suami ditentukan di Mahkamah esok

PENGACARA yang suka mencetuskan kontroversi dengan melanggap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail akan didakwa di mahkamah.

Kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada 2 Mei lalu.

Memetik laporan Utusan Online, kes mereka akan disebut pada pukul 9 pagi esok atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini untuk membeli karpet.

Dakwaan dibuat mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.

Neelofa didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh berbuat demikian.

Perkara itu terdedah apabila Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

 

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button