Hiburan

Ain Edruce selamat bergelar ibu selepas berbelas jam di bilik bersalin

PELAKON dan pengacara, Ain Edruce memberitahu dia akhirnya selamat bergelar ibu sebentar tadi.

Berita gembira itu dimaklumkan Ain menerusi beberapa video yang dimuat naik di Insta Story.

Bagaimanapun, Ain masih belum mendedahkan jantina anaknya sebaliknya dia mengajak para peminat untuk meneka terlebih dahulu.

Di samping itu, segelintir rakan-rakan turut mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

Sebelum ini, Ain tular di laman sosial kerana sempat memuat naik video di aplikasi Tik Tok walapun sedang menahan sakit untuk bersalin di hospital.

Netizen begitu teruja dengan kerenah Ain yang menunggu selama berbelas-belas jam berada di bilik bersalin.

Ain bertunang dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019, pasangan ini berkahwin pada 13 Disember tahun sama. -SM

(Visited 736 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button