Nasional

Netizen kesal Selangor kerap tiada air

PENDUDUK menyindir pengurusan air dan Kerajaan Negeri Selangor berikutan kekerapan gangguan bekalan air yang dihadapi.

Malah sebelum ini juga penduduk mengalami gangguan bekalan air ketika negara sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Menerusi pemerhatian terhadap pengguna dalam media sosial, rata-rata mengkritik pengendalian dan pengurusan krisis air negeri tersebut.

Malah ada segelintir meminta Kerajaan Negeri dan juga Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan maklumat mengenai gangguan pada bulan hadapan pula.

Next month bape hari bulan pula? Bagitahu awal-awal..senang kumpul air.

“Acara bulanan daripada Air Selangor… kata pandai sangat…uruskanlah betul-betul,” komen Najimi Haziq.

“CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Air Selangor tolong letak jawatan! Setiap tahun dan bulan asyik masalah yang sama, tetapi tiada penyelesaian.

“Kami rakyat Selangor menderita akibat krisis air yang kerap berlaku setiap tahun, setiap bulan!” luah Joey Martin.

“Tak tahulah hendak ucap terima kasih ke tidak kalau setiap beberapa bulan masih berlaku benda yang sama,” kata Nurul Hasni.

“Terima kasih, terima kasih, terima kasih… sengaja ucap banyak kali sebab sekali dengan tahun depan, bulan depan punya gangguan,” sindir Putera Darul Aman.

“Ada cara untuk mengatasi tak? Sebab rasanya dekat Selangor ini tiap-tiap dua bulan sekali mesti ada kejadian tak ada air.

“Seksa betul duduk Selangor. Hari itu saya datang dalam pantang duduk rumah tinggi. Seksa betul…carilah penyelesaian untuk atasi.

“Contohnya sediakan tangki sebesar lautan ke untuk rakyat Selangor sekiranya jadi pencemaran lagi. Seksa tahu?” kata Selena.

Dalam pada itu, ramai yang memuji kecekapan Air Selangor dalam mengesan pencemaran yang berlaku terhadap sumber air mentah.

Tindakan Air Selangor dalam mengendalikan krisisi tersebut juga dihargai penduduk dalam memastikan mereka mendapat bekalan air bersih.

“Alhamdulillah, tahnian kepada seluruh petugas barisan hadapan Air Selangor yang komitedn menjalankan tugas.

“Bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kembali kepada pengguna.

“Semoga kalian semua mendapat pahala dari Allah SWT serta dipermudahkan urusan, amin…,” ucap Ezuwan Nordin.

“Alhamdulillah good job  pada staf yang menjalankan tugas untuk memastikan kami minum dan guna air tidak tercemar.

“Walaunpun kena cari maki.. harap bersabar… di mana-mana pun. Kita Susah hendak memuaskan hati semua orang,” kata Nina Azmil.

“Alhamdulillah… Tahniah kepada seluruh petugas Air Selangor,” ujar Rosmaliza Rose.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua staf Air Selangor yang bertungkus lumus memulihkan keadaan air. Semoga diberi kesihatan yang baik,” doa Nabiha Bie.

Sehubungan itu juga netizen mendesak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang menyebabkan pencemaran.

Menurut mereka, hukuman yang diberikan kepada pihak terbabit itu perlu diberatkan suapaya kejadian sama tidak berulang lagi.

“Harap kilang tersebut tutup terus. Langusng tak bertanggungjawab, hanya tahu hendak untung duit banyak-banyak.

“Tetapi sebab dia nak kaya jadilah 1.2 juta punya penduduk Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi masalah kali ini,” kata Tan Tiong Shyan.

Good job Air Selangor. Walaupun kena maki, tetapi you did a good job. Harap tindakan sewajarnya dekat kilang itu.

“Kalau setakat tutup sementara bayar saman RM60,000 esok lusa tak ada air semulalah cerita dia,” gesa Junaini Ikhmar.

“Tahniah dan terima kasih atas segala usaha. Harpa kilang itu disaman secepat mungkin dengan jumlah saman yang tinggi.

“pastikan kilang itu ditutup. Agak-aganya ada peluang ke pengguna dapat pampasan?” kata Yanie Mohd. Isa.

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button