Nasional

Netizen hargai Muhyiddin…”syukur sangat aku di Malaysia”

KOMENTAR

AYAT-AYAT bersahaja diungkapkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan pakej rangsangan ekonominya menarik tumpuan netizen.

Pendekatan Muhyiddin ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat kini ditunggu-tunggu selain imbuhan menjadi tumpuan, kerana kaedah yang dipraktikkan beliau mudah difahami.

“Baju kelawar, lagu rap yang digubah dari ucapan, kisah-kisah Mak Cik Kiah, Madam Lee, Haji Salleh dan Surjit Kaur”, antara menjadi trending di laman sosial selepas siri perutusan Perdana Menteri.

Dan dari pihak netizen juga tidak kurang `sengat’ nya untuk bersaing dengan Muhyiddin.

SUARA MERDEKA paparkan antara ungkapan penghargaan netizen terhadap tindak balas kerajaan menjaga rakyat semasa waktu-waktu penularan wabak COVID-19 ini.

BACA

Antaranya, isi hati seorang netizen yang sempat kami kongsi:

“TENGOK outbreak COVID-19 satu dunia ni, aku bersyukur sangat aku di Malaysia.

1) USA yang konon superpower pun koyak healthcare dia. 300,000 kes. Tak mustahil capai 1 juta.

2) Eropah baru sedar kemampuan sebenar diaorang handle krisis. Walaupun ramai pakar segala bidang di sana tetap koyak bila ribuan mati setiap hari. Boleh kata lepas ni silap-silap diaorang lagi teruk dari Asia nak bangun balik.

3) India memang dah jadi macam drama habis polis sebat penampar sepak semua orang. Quarantine fasiliti dia, toilet awam kita lagi cantik 10x.

4) Indonesia tengah spike dengan highest death in ASEAN. Dah almost 200 death. Mostly doktor & nurse. Nurse sampai kena halau dari rumah sewa sebab takut bawa balik penyakit. Katanya by July (menjelang Julai) akan sampai 100,000 kes.

5) Filipina tengah start curve. Tak pasti sana macam mana. Tapi Presiden kata tembak saja siapa yang langgar curfew (perintah berkurun).

6) Jiran kita, Thailand terus lockdown lagi ketat dari kita. Kita ini boleh lah pergi Tesco Mall etc lagi, masak menu faveret (favourite) hari-hari.

7) Vietnam dengan segala kekurangan. Pesakit kuarantin dalam pondok mengkuang, Allahu…

Alhamdulillah sangat kita. Polis masih boleh bertolak ansur. Doctor & Nurse kita jaga dan sanjung. NGO semua giat bagi makan jaga kawasan masing-masing. Kerajaan bagi itu ini. Jiran-jiran pun ambil berat masing-masing.

Recovery pesakit covid kita pun sangat baik. Alhamdulillah. Tq Allah.

Ada masa lagi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini. Cuba fikir macam mana kita nak menyumbang pada negara, umat, dan agama.

Allah bagi kita peluang ni, jangan kita sombong. Bagaimana kita nak bangkit semula.

Ramadan dah dekat. Ramai yang tidak bekerja nanti. Tak boleh dah fikir periuk masing-masing. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button