BeritaPendidikan

Netizen bengang, soalan peperiksaan akhir semester IPTA fasal Dr. Zakir Naik

TULAR soalan dalam peperiksaan akhir semester bagi subjek Hubungan Etnik dekat sebuah universiti awam menyentuh hal berkaitan Dr. Zakir Naik.

Mungkin tidak sepatutnya dikaitkan dengan subjek berkenaan menyebabkan seorang mahasiswa memuat naik kertas soalan itu dalam Twitter malam tadi.

Soalan berkenaan turut mendapat kecaman netizen dan di ulang ciap sehingga 446 kali apabila bertanya tentang alasan Zakir tidak boleh berceramah.

Zakir Naik merupakan salah satu ikon dalam dunia Islam, beliau banyak berjasa dalam menyebarkan Islam yang sebenar dan mengikuti al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W..

Beliau mampu berhujah dan mampu menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan baik.

Namun begitu di Malaysia, beliau tidak lagi dibenarkan untuk menyampaikan dakwah. Pada pendapat anda sebagai rakyat Malaysia, mengapakah hal ini boleh berlaku.

i. Rakyat Malaysia yang malas mengambil tahu.
ii. Rakyat Malaysia yang mudah rasa terancam tanpa usul periksa.
iii. Rakyat Malaysia yang bersifat menuruti sahaja tanpa usul periksa.
iv. Rakyat Malaysia yang bodoh tentang agama masing-masing.

 

“Inilah kebodohan lecturer universiti Perlis,” ciap @PRAbdullah

“@maszlee sila minta pensyarah berkenaan untuk memberi sebab terhadap soalan tersebut dan kenapa Dr. Zakir Naik dijadikan ikon positif? Ikon dalam bidang apa?” soal @LowWaiHon.

“Sudahlah typo, tak sangka pensyarah buat soalan ini bangang,” luah @anahasanah4.

“Wow ini KPM tahap gaban aju soalan begini,” ciap @taikoe – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button