EkonomiNasional

Negara perlukan tadbir urus ekonomi yang cekap – Yusof Saari

Negara memerlukan tadbir urus ekonomi yang cekap dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

Menurut Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan, Prof. Madya Dr. Yusof Saari, kelembapan ekonomi berpunca dari politik yang tidak kukuh dan penularan wabak Covid-19.

Ekonomi dunia menunjukkan unjuran pertumbuhan bertumbuh pada kadar 2.9% pada tahun 2022 berbanding unjuran awal 5.7% dan situasi ini tidak jauh berbeza pada tahun 2023 dan 2024 di mana unjuran ekonomi dunia hanya pada kadar 3% setahun.

“Sebuah negara kecil yang terbuka dan berdagang, kelembapan ekonomi dunia akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang akan menarik ke bawah proses pemilihan ekonomi secara menyeluruh termasuk “pemulihan” kos sara hidup.

“Persekitaran politik yang tidak menentu bersama kejatuhan ekonomi akibat penularan wabak COVID-19 memberi tekanan yang kuat kepada Malaysia,” katanya.


Dalam masa sama, Yusof Shaari berkata, kekacauan pada ekonomi kerana ia menyebabkan penguncupan dalam KDNK Malaysia sebanyak 5.5 peratus di mana perkara ini tidak pernah berlaku semenjak kemerdekaan Malaysia.

“Ini disebabkan oleh tadbir urus ekonomi yang tidak cekap semasa tempoh pandemik seperti langkah penutupan perniagaan yang lama tanpa mengira aspek sosio-ekonomi.

“Negara memerlukan ekosistem politik yang stabil dalam menghadapi cabaran ekonomi yang mendatang,” katanya.

Dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang bergerak perlahan serta fasa krisis ekonomi global pada tahun hadapan menjadi penguat utama.

“Pembubaran Parlimen amat diperlukan ketika ini dalam menyediakan persekitaran politik yang stabil.

“Ini bertujuan untuk memastikan Malaysia telah bersedia menghadapi krisis ekonomi tahun hadapan,” katanya.

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button