Susu pisang dan ‘race card’: Neelofa dihentam netizen
LUAHAN rasa sedih selebriti Neelofa yang mengeluarkan kenyataan ‘sikap Melayu jatuhkan Melayu’ dianggap tidak bijak dan mendapat maklumbalas negatif daripada netizen yang dikaitkan dengan susu pisang Nilofa milik artis tersebut.
Kenyataan itu dinyatakan oleh Neelofa kepada portal berita Malaysiakini yang mana, buat pertama kalinya menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan dan minuman, seharusnya diberikan ruang dan peluang untuk berjaya.
Penggunaan ‘race card’ oleh Neelofa menarik perhatian umum termasuk Dr. Amalina Bakri yang terkenal, walaupun bukan dalam kalangan artis.
Dr. Amalina Bakri dalam ciapannya menzahirkan secara peribadi agar umum berhenti menggunakan isu ‘race card’ sebagai alasan ‘Melayu nak jatuhkan Melayu’.
Ciapan Dr. Amalina yang dicatat dalam Bahasa Inggeris, turut menambah, ini adalah berhubung integrity, etika dan tanggungjawab.
Dalam ciapan yang sama, beliau menyatakan apa yang salah, tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Tanpa mengira siapakah anda, jika menarik perhatiannya, beliau akan membuat ciapan.
Ciapan seterusnya daripada Dr. Amalina, beliau mencatat, telah menetap di United Kingdom (UK) selama 15 tahun dan tidak pernah menggunakan ‘race card’ sebagai alasan.
Beliau bekerja, bersaing dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia dan melakukan segalanya berdasarkan keupayaan sendiri atau ‘her own merit’.
Ciapan Dr. Rafidah Abdullah yang tempias kepada kenyataan Neelofa berbunyi, “Di dalam menjalankan tugas sebagai pengamal perubaan, caption ‘Melayu nak jatuhkan Melayu’ langsung tidak relevan.
Dalam erti kata lain, ciapan Dr. Rafidah meminta jangan dikelirukan antara kesihatan dan perniagaan (Please don’t confuse health and business).
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan luahan sedih Neelofa yang mana dalam isu ini, susu pisang Nilofa ‘overclaim’. Istilah ‘overclaim’ ini sememangnya langsung tidak dibenarkan dalam perniagaan atau produk pemakanan.
Sama ada produk yang dihasilkan itu berbentuk supplement (kesihatan) atau pun makanan (food and health), perlu mematuhi syarat iaitu tidak boleh menyatakan ia mampu mengubati penyakit-penyakit (secara umum).
Bahkan ia menjadi satu kesalahan jika pengguna yang menggunakan sesuatu produk itu memberi kesan baik ke atas kesihatannya atau dalam istilah lainnya, membuat akuan di media sosial sekalipun, ia tetap tidak boleh diuar-uarkan walaupun sebagai testimoni produk kerana ia menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Sebagai usahawan selain daripada selebriti, Neelofa seharusnya belajar sesuatu di sini iaitu jangan menggunakan sama sekali ‘race card’ kerana ia mengundang padah kepadanya.
Bahkan netizen sudah pun memaafkan selebriti usahawan itu yang mengundang kontroversi kerana melancarkan tudungnya di disko Zouk di ibu negara, beberapa tahun lalu.
Hari ini, Neelofa mencipta kontroversi apabila menggunakan ‘race card’ yang sangat sensitif, Melayu nak jatuhkan Melayu, walaupun istilah segelintir diguna pakai, natijahnya tetap sama.
Memetik kata-kata Neelofa kepada Malaysiakini, “Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.
“Saya rasa banyak lagi produk di luar yang tak menepati piawaian tapi hanya kerana saya ada nama dalam industri dibuat begini.
“Itu sebab saya sedih orang Melayu nak jatuhkan Melayu. Saya rasa sikap tu perlu tukar,” katanya.
Pengguna Tweeter akaun Carmen kay.a@_karmen membuat ciapan: Melayu tipu melayu adalah lebih parah dari melayu tipu bangsa alin mahupun ditipu bangsa lain.
Mengaut keuntungan dari menipu bahan dalam produk atau produk overclaim berkaitan kesihatan yang mungkin menyebabkan kematian itu adalah kerugian bangsa melayu sendiri.
Cik Nelofa fikir tak?
Ciapan pemilik akuan Azmira @AzmiraAzmi antara lainnya berbunyi, Melayu juga yang beli produk-produk yang you jual dan endorse, puts you in a position where you are now. And the same Melayu will also be the one calling you out if you create misleading products. We aren’t gonna sleep on it just because you are Melayu.
Banyak lagi ciapan yang menongkah dan menolak luahan sedih Neelofa yang menggunakan ‘race card’ sehingga menjadi trending.
Belajarlah sesuatu di sini, tanpa mengira artis, selebriti ataupun rakyat marhaen. Jangan menggunakan ‘race card’ kerana ia bukan sahaja mengundang padah tetapi makan diri. – SM