Nasional

Neelofa dikompaun RM20,000, ahli keluarga RM1,500

SELEBRITI dan usahawan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ketua Polis Daerah Daang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, usahawan itu dikompaun kerana tidak melakukan penjarakan sosial sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April lalu.

“Noor Neelofa binti Mohd Noor dikenakan KOMPAUN sebanyak RM20,000.00 (tiada diskaun dibenarkan) bagi dua kesalahan iaitu kesalahan pertama  kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.

“Kesalahan kedua ialah melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama, 2 memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak Polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd. Ismail piula dikenakan kompuan RM10,000 tanpa diskaun kerana melanggar kebenaran rentas negeri.

Ujarnya, 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu juga dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Jelasnya, jumlah keseluruhan kompuan yang dikeluarkan hari ini ialah sebanyak RM60,000.

“Justeru pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa,” katanya. – SM

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button