BeritaHiburan

‘Neelofa’ bercita-cita jadi doktor

NEELOFA kecil atau nama sebenarnya Naura Auni yang muncul dalam program Meletop baru-baru ini bercita-cita menjadi seorang doktor apabila dewasa.

Kanak-kanak perempuan yang mempunyai wajah seiras selebriti popular itu berkata demikian ketika ditanya ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamad dalam video pendek di Instagramnya.

Jawapan spontan Naura bahawa dia boleh ‘cucuk’ abi (ayah) dan umi (ibu) apabila mereka sakit,  membuatkan netizen yang rata-rata memuji kecomelan dan kecantikannya, terhibur.

Sementara itu, Naura yang berusia lima tahun, menyatakan rasa gembira dapat sekali lagi bertemu pengacara Meletop yang diminatinya.

“Gembiranya Naura dapat jumpa aunty @neelofa lagi,” katanya seperti tertulis di gambar bersama Neelofa dalam akaun Instagram rasminya.

Sejak muncul dalam program hiburan itu, akaun Instagram Naura berjaya menarik lebih ramai pengikut untuk mengetahui aktiviti hariannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button