Ekonomi

NCT Supply Trading Sdn. Bhd rai anak yatim

NCT Supply Trading Sdn. Bhd dan Sasuke Premium Outlet serta Bundles.my meraikan anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Sentuhan Budi, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Sejak tujuh tahun penubuhannya, NCT Supply Trading Sdn. Bhd dan Sasuke Premium Outlet tidak terkecuali daripada berdepan cabaran pandemik Covid-19.

Namun usaha itu semua dapat mengembalikan syarikat yang popular menjual pakaian terpakai atau bundle yang diimport dari Jepun dan Korea untuk terus bertapak dalam perniagaan.

“Selain mengeksport ke negara membangun lain seperti Kemboja dan Indonesia, NCT menerusi rangkaian Sasuke Premium Outlet Dan Bundles.my berjaya mencipta kejayaannya yang tersendiri terutama pada peminat barangan bundle,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NCT Supply Trading Sdn. Bhd, Nurul Suhaida Abu Sopian dalam kenyataannya.

Nurul ( baju hitam ) melayan penghuni Rumah Sentuhan Budi ketika majlis berbuka puasa baru- baru ini.

Beliau berkata, majlis menyantuni anak-anak yatim ini adalah bukti tujuh tahun kerja keras mereka yang ternyata berhasil sebagai peneraju pakaian bundle yang terkenal di Malaysia.

“Jadi malam ini adalah untuk meraikan ulang tahun ketujuh Sasuke Outlet dan NCT Supply Trading Sdn. Bhd.

“Bagi hari bahagia ini kami raikan bersama 52 pekerja dari kedua-dua syarikat serta 20 penghuni Rumah Sentuhan Budi yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 10 tahun,” ujar beliau.

CEO NCT Supply Trading Sdn Bhd, Nurul menyampaikan sumbangan duit raya pada penghuni Rumah Sentuhan Budi , Petaling Jaya.

Beliau berkata, saban tahun mereka mengadakan majlis sebegini bagi meraikan anak-anak yatim kecuali sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, rumah anak-anak yatim dan asnaf yang dipilih akan sentiasa bertukar-tukar setiap tahun kecuali rumah Anak Yatim Sentuhan Budi yang sudah dua kali diraikan.

“Selain sumbangan duit raya, kami juga turut memberikan kuih raya serta sumbangan beras sebanyak 50kg.

“Majlis CSR tahunan ini adalah cara kami mengagih-agihkan hasil yang kami peroleh daripada perniagaan. Kami sumbang pada orang lain pula kerana dalam hasil yang kami dapat itu terdapat juga hak orang lain,” jelasnya.

Majlis yang telah berlangsung dengan meriahnya di Ibis KLCC Hotel turut dihadiri Pengarah Urusan NCT Supply Trading Sdn. Bhd., Zainal Othman serta isteri dan Ketua Pegawai Operasi NCT Supply Trading Sdn. Bhd., Nur Athirah Johari. – SM

BACA Dari personal shopper ke pemilik butik beg tangan

BACA MASTI dan PRAGMATIS ceriakan anak yatim, sambut aidilfitri bersama

BACA Hotel Seri Malaysia Kangar rai 25 anak yatim

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button