Nasional

NCER sumbang RM197 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan

BAGI tempoh 2021 hingga 2022, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menyumbang 34 peratus atau RM197 bilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini selari dengan penubuhannya untuk menjadi hak ekonomi dan teknologi bertaraf dunia.

“Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-31 yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid  Hamidi, serta Menteri Besar-Menteri Besar yang berkenaan sebagai Ahli Majlis NCIA.

“Perkara utama yang diteliti adalah terkait dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030. Bagi tempoh 2021 hingga 2022, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menyumbang 34% (RM197 bilion) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

“Sehubungan itu, NCIA direncanakan untuk menjadi hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia menerusi tiga bidang tumpuan baharu iaitu Perkhidmatan Termaju, Pembuatan Bernilai Tinggi dan Pertanian Moden.

“Kedua Pemacu Perubahan yang akan menyokong adalah amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan mengaplikasi penggunaan digital.

“Disasarkan bagi NCER untuk mencatatkan sebanyak RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang tahun 2030.

“Mesyuarat juga membincangkan inisiatif “Facilitation@NCER” dalam usaha memacu & merealisasikan pelaburan di NCER.

“Ini akan melibatkan koordinasi dengan MIDA bagi tujuan kemudahan akses maklumat, pengurusan perhubungan pelaburan, penyesuaian perkhidmatan dan guna pakai platform pengurusan digital On-Track,” katanya. – SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button