Nasional

Nazri Aziz positif Covid-19

AHLI Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.

Menurut Nazri dia melalukan ujian saringan selepas mengetahui penulis kontroversi Zaharin Mohd Yasin yang hadir ke sidang medianya telah disahkan positif Covid-19

“Zaharin masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya kepada Malaysiakini.

Nazri telah mengadakan sidang media pada 12 Januari lalu untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO itu turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Nazri ketika ini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button