MahkamahNasional

Nama Sheikh Arab Saudi, Najib dalam senarai sogok Jho Low – Tim Leissner

BEKAS Eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner memberitahu Mahkamah di Amerika (AS), Low Taek Jho dan seorang sheikh Arab Saudi antara pegawai yang perlu dibayar untuk mendapatkan kelulusan mengumpul dan membelanjakan berbilion doloar dana 1MDB.

Leissner yang juga merupakan sakki utama pendawaan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, berkata, Jho Low dalang dalam skandal 1MDB mendakwa, Datuk Seri Najib Razak juga perlu dibayar untuk mendapatkan kelulusan mengumpul dan membelanjakan duit 1MDB.

Leissner menerangkan kepada mahkamah tentang sistem pembayaran itu di hadapan juri di Brooklyn, New York pada Rabu lalu mengikut laporan Bloomberg.

Leissner turut mendedahkan di mahkamah, satu sesi pertemuan di rumah Jho Low di Mayfair, London diadakan di mana ahli perniagaan buruan itu menamakan individu yang menurutnya, perlu disogok.

Di dalam senarai itu ialah nama-nama termasuk nama pegawai dari Malaysia dan Abu Dhabi, nama bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan nama Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

Leissner memberitahu juri dalam mahkamah bahawa Jho Low menyatakan, Sheikh Mansour enggan berganjak daripada USD100 juta.

Sheikh Mansour bagaimanapun tidak didakwa melakukan sebarang salah laku oleh Amerika. Pejabat media kerajaan dan Kementerian Luar UAE tidak menjawab pertanyaan wartawan Bloomberg untuk mengular berhubung keadaan itu.

Leissner memberi keterangan terhadap Roger Ng yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, konspirasi dan rasuah.

Leissner mengaku bersalah pada tahun 2018 dan kerjasama beliau dalam perbicaraan, mungkin boleh meringankan hukuman terhadap dirinya.

Pertemuan yang didedahkan oleh Leissner berlaku pada tahun 2012 iaitu tidak lama sebelum Goldman mula berusaha mengumpul USD1.75 bilion untuk 1MDB.

Berbalik kepada keterangan Leissner, beliau berkata, 1MDB memerlukan penjamin luar untuk hutang itu dan Jho Low boleh mendapatkan jaminan itu daripada dana kekayaan Abu Dhabi dan anak syarikatnya.

Leissner juga memberitahu mahkamah, dalam pertemuan itu, Jho Low mengeluarkan sekeping kertas dan mula melukis petak.

“Di satu bahagian kertas itu adalah beberapa petak untuk pegawai Malaysia yang perlu disogok dan satu lagi bahagian ialah petak bagi pegawai Abu Dhabi,” katanya.

Menurut Leissner lagi, Jho Low memaklumkan di peringkat atas (petak) adalah bayaran kepada pihak Malaysia dan Abu Dhabi dalam perniagaan jenayah itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button