MahkamahNasional
Trending

Najib tidak boleh hadir Parlimen – Mahkamah

PERMOHONAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat esok ditolak Hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian dan meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir perbicaraan yang akan diadakan separuh hari.

Justeru, perbicaraan kes penyelewengan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap akan diteruskan.

“Saya hargai beliau ada tugas untuk dilaksanakan, tetapi saya pun ada tugas untuk ditunaikan juga.

“Kes ini akan bermula dari jam 9.30 pagi ke 4.30 petang esok.”

BACA > Pemergian ADUN Slim: PM ucap takziah, Najib anggap kehilangan besar UMNO — Suara Merdeka

Demikian kata hakim Mahkamah Tinggi seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan supaya prosiding berlangsung separuh hari esok.

Hal demikian supaya anak guamnya itu dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi sesi soal jawab.

Suara Merdeka memetik laporan MalaysiaGazette sebelum ini memaklumkan, Najib memohon perbicaraan diadakan selain tarikh 13 hingga 17 Julai.

Antara alasan dikemukakan Muhammad Shafee adalah kerana anak guamnya itu perlu berbahas dan membuat undian.

BACA > 477 rakyat Malaysia pulang melalui KLIA jalani kuarantin wajib — Suara Merdeka

Bagaimanapun, terdahulu Collin hanya membenarkan Najib mendapat pelepasan daripada menghadiri perbicaraan sehingga 15 Julai.

Pada 1 Julai lalu, Muhammad Shafee turut meminta kebenaran Mahkamah Tinggi supaya Najib diberi pelepasan bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini.

Pelepasan itu dibenarkan selepas beliau mengemukakan alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berada di bawah Parlimen Pekan kepada Collin.

“Kehadiran Najib dalam kempen itu penting kerana Chini berada di bawah kerusi parlimen Pekan di mana terdapat empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Parlimen ini,” katanya.

Bekas Presiden UMNO itu berhadapan empat tuduhan berkaitan suapan berjumlah RM2.3 bilion dana berkaitan 1MDB ketika menjadi Perdana Menteri.

BACA > Najib dapat pelepasan mahkamah hadir kempen Chini — Suara Merdeka

Beliau juga berhadapan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button