Politik

Najib tak faham bahasa saya-Muhyiddin

“DATUK Seri Najib mungkin tak faham bahasa saya. Bila saya kata UMNO tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon Ketua Menteri Sabah sehingga habis kempen, itu fakta,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seterusnya, Presiden BERSATU, Muhyiddin memberikan pencerahan:

“Takkanlah saya nak tunggu sehingga habis kempen, baru nak dinamakan calon.

“Semasa saya hadir mengumumkan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Sulaman, saya  beri bayangan “manalah tahu kalau rakan-rakan dalam PN, BN dan yang lain pun bersetuju.

“Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah.”

Muhyiddin berkata, “Saya ulang, saya beri bayangan kalau rakan-rakan lain bersetuju.

“Saya cakap secara berhemah. Kalau Datuk Seri Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macamana?”

Merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang disiarkan dalam BH Online pada 12 September 2020, bercakap di Tuaran, Sabah, Muhyiddin memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan PN dan rakannya menang dalam PRN Sabah pada 26 September 2020.

Ketika memberi kenyataan itu, Muhyiddin dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri berucap di Pejabat BERSATU Tuaran untuk memberi semangat kepada Hajiji sebelum mengemukakan pencalonan bagi kerusi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman.

Kata Muhyiddin ketika itu, “kerja untuk bantu calon kita ini manalah tahu kalau rakan-rakan kita dalam PN, BN dan yang lain pun bersetuju, Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button