MahkamahNasional

Najib ke penjara berhubung kes SRC

Mahkamah kekalkan sabitan, hukuman

MAHKAMAH Rayuan sebulat suara hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan itu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah pada Julai tahun lepas.

Najib, 68, adalah bekas Perdana Menteri pertama di negara ini yang dikenakan pertuduhan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara. – SM

(Visited 93 times, 1 visits today)


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button