Politik

Najib jangka nasib rakyat lebih teruk pada 2020

JIKA tahun ini dianggap mencabar dengan berpuluh ribu orang kehilangan kerja, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan keadaan ekonomi rakyat Malaysia akan lebih teruk pada tahun 2020 yang akan diraikan esok.

Menurut Najib, ramalan itu berdasarkan pandangan pakar ekonomi bahawa prospek ekonomi Malaysia pada tahun 2020 adalah tidak optimistik.

“Nampaknya pendapatan perniagaan terutama SME akan terjejas teruk. Trend pemberhentian kerja juga akan berterusan malah lebih serius berbanding tahun ini.

“Susah hati kita memikirkan bagaimana mereka yang hilang nafkah ini nak menyara keluarga.

“Pakar ekonomi juga telah berkata, bahawa inflasi pada tahun depan akan melambung naik. Ini bermakna harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih mahal. Berbanding dengan apa yang kita bayar pada masa ini,” kata Najib.

Dalam perutusan sempena menyambut Tahun Baharu 2020, Najib berkata, seramai 38,000 telah kehilangan kerja tahun ini.

Jumlah tersebut tidak termasuk 45,000 pekerja pembersihan sekolah dan 50,000 pengawal keselamatan yang turut kehilangan kerja.

“Malah kakitangan kontrak kerajaan yang telah berkhidmat 520,000 orang masih mengganggur. Di mana kerajaan di masa rakyat memerlukan? Apakah yang telah berlaku kepada Malaysia?

“Pengurusan ekonomi PH amat lemah. Sehingga menjejaskan kehidupan dan pendapatan rakyat,” kata Najib dalam video berdurasi kiri-kira 9 minit itu yang disiarkan secara langsung di Faceboonya hari ini.

Dalam tempoh sejam disiarkan video berkenaan telah ditonton lebih 102 ribu orang, mendapat lebih 10 ribu reaksi  dan lebih 1,600 perkongsian.

Menurut Najib, keadaan akan diburukan lagi dengan pengenalan cukai baharu termasuk cukai digital, kenaikan cukai taksiran, harga air, harga pos dan caj doktor.

Najib mendakwa, apa yang berlaku kini tidak sama dengan situasi ketika pemerintahan beliau di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

“Dan kekayaan negara hak milik rakyat, yang saya dan BN bina dahulu. Tidak ada pula mereka kata kerajaan Malaysia terlalu banyak aset disebabkan Najib.

“Rakyat tahu PH pun tahu ternyata perkongsian kemakmuran bersama yang dilaung oleh PH hari ini sekadar retorik sahaja.

“Pada hakikatnya kemakmuran bersama benar-benar dinikmati oleh rakyat pada zaman BN. Kini hampir setiap bulan ada berita mengenai aset kena jual dan dikaitkan dengan kroni-kroni,” kata Najib.

Dalam perutusan itu, Najib turut menggesa pemimpin dan ahli akar umbi pembangkang memberanikan diri menjadi pembangkang yang berkesan. Mereka perlu menjadi suara rakyat yang kian diabaikan oleh kerajaan PH.

“Ya benar ada yang mengeluh kepada saya bahawa amat sukar kehidupan setelah menjadi pembangkang ditambah pula ada yang ditekan, ditindas, diganggu oleh kerajaan PH dengan sumber dan kuasa yang mereka ada.

“Ya benar kita tidak mempunyai apa-apa lagi hari ini. Kita hanya ada sehelai sepinggang pakaian di tubuh. Tetapi PH kena ingat kita memiliki hati dan semangat yang membara. Kita tetap ada kekuatan yang diberikan oleh rakyat,” kata Najib.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button