Politik

Pak Wan tercorot, Anthony Loke terbaik

Tinjauan yang dilakukan portal berita Malaysiakini mendapati Menteri Pembangunan Usahawan, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berada di kedudukan paling corot dalam undian Kabinet Pakatan Harapan telah berusia 19 bulan.

Dalam tinjauan atas talian Malaysiakini, kesemua 28 menteri dinilai oleh pembaca dengan memilih isyarat suka dan sebaliknya.

Ramai pembaca mengambil bahagian, walaupun spammer turut dikesan cuba mempengaruhi keputusan akhir.

Redzuan atau lebih dikenali sebagai Pak Wan mungkin menjadi menteri paling tidak digemari kerana publisiti negatif yang diberikan kepada projek kereta terbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akhirnya menjelaskan projek tersebut bukan kereta terbang, tetapi merupakan super drone.


Selepas ini menteri-menteri perlu lebih berhati-hati dan bukan mahu menjadi selebriti dengan membuat kenyataan yang pelik dan menghina intelektual rakyat.

Hari ini juga tokoh kewartawanan Datuk A Kadir Jasin turut menyelar menteri-menteri yang memaparkan gambar mereka di papan tanda.

Menurut Kadir, sepatutnya yang diketengahkan adalah program yang dilaksanakan  bukan individu.

Kadir berkata, kerajaan bukan soal memuja individu, tetapi ia adalah berlegar soal rakyat.

Pautan undian:

https://www.malaysiakini.com/news/505434?fbclid=IwAR0Aa76INLjRPUltjEfKPOa3dlx6WhZFjo1mDWwlyfXzvdJWPRy79e8p2QU

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button