fbpx
Nasional

Najib dakwa Al Jazeera ikut naratif NGO pro-PH

Bekas Perdana Menteri dakwa menjadi orang yang menerima kesan paling teruk dari program 101 East Al-Jazeera

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa program 101 East Al-Jazeera banyak mengikut naratif badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Harapan.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau sengaja tidak memberi sebarang komen mengenai laporan 101 East Al-Jazeera yang memfitnah dan memburukkan negara berhubung pendatang tanpa izin agar rakyat dapat menilai sendiri program berkenaan.

“Sengaja saya tak komen tentang laporan program 101 East Al-Jazeera yang memfitnah dan memburukkan negara berhubung pendatang tanpa izin dua hari dahulu.

“Supaya rakyat Malaysia boleh tengok dan nilai sendiri bahawa program ini banyak mengikut naratif orang PH serta NGO-NGO pro-PH.

Menurut Najib,  beliau merupakan orang yang  menerima kesan paling teruk dari program  101 East Al-Jazeera selama bertahun-tahun.


“Misalnya laporan mereka tahun 2015 untuk kes Altantuya di mana mereka dah lama cop saya sebagai pembunuh pada masa geng PM4 sedang memainkan isu ini.

“Dan juga pada wawancara tahun 2018 mereka apabila wartawan berkali-kali ingkar janji untuk tidak bertanya tentang kes 1MDB kerana kes baru masuk mahkamah masa itu dan saya dinasihatkan untuk tidak komen.

“Tetapi mereka tetap tanya juga walaupun dah berjanji sebelum wawancara bermula untuk tidak tanya Namun setelah wawancara bermula, saya ada juga jawab sedikit. Tetapi selepas saya jawab, dia tanya benda yang sama sekali lagi pulak!

“Mana tak bengang masa itu? Dan tahun 2019 lepas juga apabila 101 East gunakan wawancara Deepak untuk banyak memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan liar.

“Selepas itu, Deepak kalah dalam mahkamah pada awal tahun ini dengan alasan hakim bahawa Deepak tidak ada sebarang bukti dan dia diarahkan untuk membayar kos kepada kita pulak,” kata Najib.

Najib berkata, pada 13 Januari Mahkamah telah membatalkan saman Deepak terhadap beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kelima-lima defendan itu memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas alasan tuntutan saman kesemua plaintif tidak lengkap, tidak jelas serta tidak dapat dibuktikan. 13 Jan 2020: Mahkamah batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah. https://www.malaysiakini.com/news/506919 ,  kata Najib.

Menurut Najib, kesemua kes adalah dari program yang sama iaitu program 101 East dari saluran Al Jazeera.

“Masa itu, ramai yang percaya 101 East pulak! “Siapa yang bersorak dan percaya semasa mereka menghentam saya masa itu, baik mengaku! Sekarang kita boleh nilai sendiri.

“Sebab itu, saya nasihat rakyat untuk mengambil pengajaran supaya kita tidak mudah percaya dengan segala laporan media asing – terutama dari media-media yang banyak bergantung kepada naratif pihak PH,” kata Najib.

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button