KemalanganNasional

Nahas 2 helikopter: 10 kru terkorban

10 kru disahkan terkorban dalam nahas dua helikopter yang berlanggar dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak ketika menjalani raptai sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan tiga yang maut menaiki helikopter M502-6 (FENNEX) manakala tujuh lagi mangsa menaiki helikopter operasi maritim (HOM) M503-3.

Pasukan bomba mengeluarkan kru terbabit nahas dua helikopter yang berlanggar dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, pagi tadi. (Gambar JBPM)

“Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, kedua-dua helikopter itu yang berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi bertembung semasa latihan lintas hormat.

Helikopter HOM itu dilaporkan terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala helikopter Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button