HiburanMahkamah

Nabil Ahmad beritahu mahkamah, tanah lot banglo untuk bina banglo

PENGACARA sensasi dari stesyen penyiaran Astro, Mohd Nabil Ahmad tampil di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur hari ini sebagai saksi keempat kes saman penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin terhadap penaja Bina Megah Empayar (BME).

Kes perbicaraan dihadapan Hakim Rofiah Mohamad bermula semalam di mana Aishah, 57, selaku plaintif dan saksi utama telah memberi keterangan di mahkamah dan pemeriksaan balas telah dibuat oleh peguam bela defendan, Mohd Khainis Yussof dari
Tetuan Azwan Roslee & Co.

Aishah diwakili tiga peguam iaitu Mohammad Izwan Azmi, Mazniza Mohd Kamil dan Amirul Izwan Lehuddin dari firma guaman, Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.

Defendan-defendan Bina Megah Empayar termasuk Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa selaku defendan ketiga yang juga vokalis kumpulan Pearl.

Tuntutan Aishah terhadap BME sebagai salah satu penaja hadiah ketika berlangsungnya pertandingan program realiti televisyen, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

Aishah adalah pemenang tempat pertama atau Juara GV4 manakala penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo masing-masing pemenang tempat kedua dan ketiga.

Sepanjang lapan minggu konsert GV4 berlangsung secara live di Astro yang ditonton oleh jutaan penonton dan strim yang dapat juga ditonton di seluruh dunia, teaser video dan pengumuman pengacara GV4, Nabil dan rakan pengacaranya, Jihan Musa menyebut antara hadiah pemenang dari para penaja ialah hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah, sebidang tanah lot banglo tajaan BME dan beberapa hadiah sampingan lai untuk juara iaitu plaintif, Aishah.

Pemenang tempat kedua dan ketiga juga layak menerima sebidang tanah lot banglo tajaan BME seperti yang diuar-uarkan pada semi final dan pentas final GV4.

Semalam peguam bela defendan dalam pemeriksaan balas terhadap plaintif mempersoalkan dan membangkitkan video yang bukan dirakam oleh Puteri Kasih dan Astro Awani, bukan oleh Aishah tetapi ditender di mahkamah sebagai bahan bukti.

Peguam berkenaan turut menekan plaintif dengan mempersoalkan tajaan daripada anak guamnya dibuat berdasarkan apa yang diuar-uarkan selain bertanya mengapa tidak saman Astro tetapi saman anak-anak guamnya?

Semalam saksi kedua, Mohd Shamsul Shamsudin yang menjawab soalan peguambela Aishah, Izwan, berkata, “penaja sebidang tanah bukan Astro tapi Bina Megah.”

Saksi ketiga, Raymond pula memberitahu mahkamah, keluasan tanah 2,600 kaki persegi yang ditawarkan defendan, BME bukan untuk sesebuah rumah banglo atau dalam erti kata lain, lot banglo.

Nabil, 39, yang bekerja sebagai freelance selebriti dan berada dalam industri hiburan selama 14 tahun memberitahu mahkamah hari ini, sebagai pengacara program GV, rakan pengacaranya, Jihan Musa mengumumkan wang tunai RM100,000 dan sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megah Empayar.

Video Berita Awani mengulas Aishah merangkul gelaran sebagai Juara, kata Nabil adalah benar mengikut acara pada malam itu iaitu hadiah wang tunai RM100,000, tanah lot banglo dan kedua-dua hadiah itu tidak boleh kurang.

“Tanah lot banglo dapat tanah untuk buat banglo. Itu pemahaman saya sebagai pengacara,” kata Nabil.

Nabil juga memberitahu mahkamah, VT footage video hadiah dibawa pulang pemenang video ditayangkan semasa komersial di konsert semi final atau peringkat separuh akhir GV.

“Sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megah, bulat- bulat ditulis,” jelas Nabil.

Menjawab soalan seterusnya oleh peguambela plaintif, Izwan, VT yang dimainkan pada final, hadiah kedua lot banglo penaja Bina Megah Empayar.

“Tak ada pula mention tanah lot lain. Atas pentas, yang announce hadiah pemenang ialah Jihan Musa dan saya berdiri di sebelah.

“Dia tak tersasul. Kami refer pada promter. Promter sebuah skrin ada skrip untuk refer atau tertera pada promter untuk kami baca dan skrip disediakan oleh penulis skrip.

“Saya tak boleh bawa skrip sendiri dan masukkan ke dalam promter,” katanya.

Mahkamah diberitahu dengan jelas dan pasti oleh Nabil bahawa tiada mana-mana pihak datang kepadanya memaklumkan, ada salah pengumuman dan Jihan juga tidak didatangi mana-mana pihak ataupun bersungut, salah buat pengumuman.

Nak masuk musim kesembilan, lapan juara GV, ada sponsor, atas pentas yang umumkan hadiah ialah pengacara.

“Tak pernah sponsor naik pentas dan umum hadiah pemenang,” ujar Nabil menjawab soalan Peguambela Izwan.

Sebagai individu yang pernah sertai pertandingan dan pernah menang Pertandinagan Raja Lawak, kata Nabil, hadiah diperoleh beliau, dapat dalam tempoh enam bulan dan tidak wajar hadiah tanah lot banglo tidak diberi kepada pemenang dalam tempoh lima tahun.

Tuntutan plaintif terhadap Putik Wan Indah dengan dua defandan yang lain termasuk Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa.

Nabil adalah saksi terakhir plaintif. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button