MY-UAE CEPA: Malaysia perkukuh hubungan dengan negara teluk
HUBUNGAN Malaysia dengan negara-negara teluk terus diperkukuh dengan termeterainya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain memanfaatkan secara langsung Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), perjanjian itu turut akan menjadi pemangkin untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan membabitkan negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Sebagai FTA pertama Malaysia dengan negara anggota GCC, perjanjian ini dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan lebih kukuh bukan sahaja antara Malaysia dan UAE tetapi juga negara-negara Teluk lain,” katanya.
Malaysia diwakili Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, manakala UAE diwakili Menteri Negara Bagi Perdagangan Luarnya, Dr Thani Ahmed Al-Zeyoudi