Politik

Isu ham: Nga kata singa takkan bertengkar dengan lalat

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata beliau tidak akan membuang masa bertengkar dengan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh.

“Komen saya mudah, seekor singa takkan bertengkar dengan lalat,” kata Nga yang juga naib presiden DAP, lapor China Press.

“Komen saya mudah, seekor singa takkan bertengkar dengan lalat,”

“Beliau memegang jawatan berlainan berbanding saya, jadi kita takkan bertengkar,” kata Nga ekoran kritikan Akmal terhadap Nga dalam isu sandwich “ham”.

Kontroversi timbul ekoran sandwich ham & cheese yang dijual di KK Mart dan mempunyai logo halal.

Nga menambah hanya kerana beliau tidak akan membalas serangan Akmal, tidak bermakna DAP akan membisu.

“Untuk setiap kenyataan yang dibuat oleh Akmal, Pemuda Sosial DAP (DAPSY) akan membalasnya. Ia bukan sahaja ketua pemuda tetapi juga setiausaha publisiti yang akan turut mengeluarkan kenyataan.

“Kita tidak membisu. Kita hanya membalas pada kadar berpadanan dengan situasi tersebut,” kata beliau.

“Kritikan Pemuda Umno akan dibalas oleh DAPSY.

Sekiranya presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan, maka setiausaha DAP Anthony Loke akan membalasnya.”

Nga menambah bahawa Zahid tidak membuat sebarang kenyataan meliar sejak penubuhan kerajaan perpaduan dan menghargainya selaras dengan semangat wasatiyah dalam siasah.

“Tentu parti yang mempunyai sejuta ahli, akan mempunyai sebilangan yang bodoh. Itu normal. Tentu ada campuran baik dan buruk.

Beliau menambah bahawa Umno dan DAP kini sekutu yang perlu bekerjasama demi rakyat.

“Bagaimanapun kita takkan berbuat demikian jika berdepan orang seperti Akmal. Jika tindakan mereka salah, kita akan menjauhkan diri.

“Kalau Akmal berbuat sesuatu yang baik, kita akan puji. Itulah rasional politik dan profesional.”

Kontroversi sandwich ham tersebut menyaksikan ketua DAPSY Woo Kah Leong mendesak Akmal menurunkan suhu politik.

Woo ialah Adun Pasir Bedamar dan Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina di Perak.

Baru-baru ini, KK Mart terlibat dalam kontroversi berkaitan dengan penjualan sandwic “ham dan keju” yang didakwa menggunakan logo halal tanpa sijil halal rasmi. Kejadian ini berlaku di cawangan KK Mart di Universiti Malaya (UM), di mana sandwic tersebut dijual dengan label halal walaupun tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Tindakan Pihak Berkuasa:

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Mengesahkan bahawa sandwic “ham dan keju” yang dijual tidak memiliki sijil halal rasmi. Tindakan mencetak logo halal pada produk tanpa sijil yang sah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011, dan tindakan undang-undang akan diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
  • Universiti Malaya (UM): Mengarahkan penutupan segera dua cawangan KK Mart di kampus mereka untuk membolehkan siasatan dijalankan tanpa gangguan. UM menegaskan komitmen mereka untuk memastikan semua produk yang dijual di kampus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Respons KK Mart:

  • KK Mart telah menghentikan semua urusan perniagaan dengan pembekal sandwic tersebut, Shake and Bake Cafe, dan menghentikan bekalan sandwic ke semua cawangan mereka. Mereka juga mengeluarkan surat tuntutan kepada pembekal dan membuat laporan polis. KK Mart menyatakan bahawa pembekal telah menyediakan sijil halal untuk “chicken ham” dan lapisan keju sebagai rujukan, namun pelabelan halal dilakukan oleh pembekal tanpa kebenaran KK Mart.

Reaksi Awam:

  • Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, mengkritik KK Mart atas isu ini, mengaitkannya dengan insiden terdahulu melibatkan penjualan stokin dengan perkataan “Allah”. Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap KK Mart.
  • Pemimpin dari MCA dan DAP mengkritik Dr. Akmal kerana mempolitikkan isu ini, menegaskan bahawa perkara berkaitan sijil halal sepatutnya ditangani oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti JAKIM.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button