Luar Negara

Mutiara oren bernilai RM1.4 juta ditemui di pantai Thailand

Seorang nelayan dari Thailand menemui sebuah mutiara berwarna oren yang jarang ditemui dan bernilai sekitar 10 juta baht iaitu kira-kira RM1.4 juta di sebuah pantai di Nakhon Si Thammarat.

Haschai Niyomdecha, 37, menjumpai mutiara oren itu pada 27 Januari lalu ketika dia sedang mencari mutiara di pantai Koh Phet.

Mutiara berwarna oren bukanlah mutiara yang biasa terdapat di dalam tiram.

Ianya merupakan mutiara Melo dimana ianya mendapat nama dari siput laut yang membentukkan mutiara itu di dalam cengkerangnya,

Menurut HaschaI, dia dikatakan pergi ke pantai berkenaan setelah bermimpi didatangi seseorang dalam mimpi yang menyuruhnya pergi ke pantai itu kerana ada hadiah yang “menunggunya”.

Ketika dia terbangun dari mimpinya, dia dan saudaranya Worachat Niyomdecha, 35, turun ke pantai untuk mengambil kerang.

Setibanya di pantai, mereka menjumpai pelampung yang dibuang dan terdapat tiga cengkerang siput yang melekat pada pelampung itu.

Mereka kemudian memberikan cengkerang siput itu kepada ayah mereka, Bangmad Niyomdecha, 60, yang menemukan mutiara oren itu ketika membersihkannya.

Laporan media tempatan mengatakan bahawa ia berbentuk seperti sekeping marmar dan berukuran sama dengan duit syiling 5 baht.

Susulan dari kejadian itu, ianya mendapat perhatian dari jiran-jiran Haschai yang berkumpul untuk melihat penemuan luar biasa itu.

Malah, mereka didatangi oleh seorang peniaga kaya dari wilayah lain dan menawarkan untuk membeli mutiara itu dengan harga satu juta baht, namun Haschai sekeluarga menolak permintaan mereka.

Seorang lagi pengumpul barang mewah turut membuat penawaran untuk membeli mutiara itu daripada mereka dengan meletakkan tawaran berjumlah lima juta baht.

Namun, keluarga itu tetap menolak kerana mereka percaya bahawa mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih tinggi.

Haschai enggan menjual mutiara Melo itu kepada orang lain kerana menurut beliau, jika mutiara itu adalah mutiara Melo yang asli, harganya sekurang-kurangnya 10 juta baht dan hanya akan menjual mutiara itu dengan harga yang tinggi untuk mengubah kehidupan keluarganya.

“Saya ingin menjual mutiara dengan harga tertinggi. Wang itu tidak akan mengubah hidup saya, ia akan mengubah nasib saya. Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan yang lebih baik.”

Mutiara melo yang berwarna oren adalah mutiara yang paling mahal dan biasanya ianya terdapat di Laut China Selatan, di perairan cetek di pantai lepas di Vietnam, Thailand dan juga di Laut Andaman, Myanmar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button