Politik

Muqharabbin bidas Raja Nong Chik

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Datuk Qobin membidas kenyataan Mantan Ketua UMNO Bahagian Dato’ Seri Utama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kerana mula memainkan isu calon di Lembah Pantai di saat negara sedang berhadapan isu Covid dan kesengsaraan rakyat.

 

[sociallocker]

Ini bukan masa nak letak siapa calon, waktu bersama rakyat dan bantu rakyat. Bahagian sudah bawa nama ke atas, sampai masa biarlah kepimpinan tertinggi UMNO putuskan siapa yang benar-benar layak.

Beliau menambah, ‘jangan niat turun bantu rakyat, pada masa yang sama meminta meletakkan calon pilihan. Itu tak ikhlas namanya’.

Sekiranya Dato’ Raja masih meminta untuk meletakkan calon atau bertegas menjadi calon bebas, saya sedia berhadapan dan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai sekiranya pucuk pimpinan parti tidak mencalonkan Ketua UMNO Bahagian Datuk Ramlan Askolani atau Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Yang Mulia Tengku Datuk Zuhri Tengku Abdul Aziz ataupun Ketua Puteri Dr. Masliha Harun sebagai calon UMNO di Lembah Pantai.


Datuk Qobin menkritik kenyataan mantan Ketua UMNO Bahagian Yang Mulia Dato’ Seri Utama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang ingin bertanding bebas serta meminta agar Yang Mulia Senator Dato’ Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon di sini tanpa memaklumkan kepimpinan bahagian.

Saya menghormati cadangan beliau sebagai mantan Ketua Bahagian saya yang menginginkan calon UMNO lain,  tetapi beliau membuat kenyataan media tanpa berbincang dengan Exco Kanan UMNO Bahagian, adalah tidak tepat dan mengguris perasaan kepimpinan UMNO bahagian.

Kami tahu Dato’ Raja Nong Chik amat berjasa di Lembah Pantai, dan tahu perkembangan masakini di sini, tetapi dengan memilih calon mengikut kehendak beliau tanpa berunding dan membelakangkan kami amatlah tidak patut.

Kenyataan beliau memilih untuk bertanding bebas juga melambangkan ketidaksetiaan beliau kepada parti sekiranya ada calon luar yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Seharusnya beliau patut mencadangkan calon dikalangan UMNO Bahagian sendiri yang memegang jawatan.

Saya berharap, beliau tidak mendengar nasihat yang salah daripada orang yang berkepentingan, tanpa menghormati institusi parti dan bahagian. Rakyat kawasan sayangkan Dato’ Raja Nong Chik, tetapi ramai yang tidak suka cara beberapa pegawai beliau buat kerja sebelum ini. UMNO Malaysia juga sudah 2 kali memberi peluang kepada Dato’ Raja Nong Chik menjadi calon semasa PRU 13 dan PRU 14 yang lalu. Jadi saya minta agar beliau serahkanlah kepada Ketua UMNO Bahagian kami dan kepimpinan bahagian menentukan siapa calon yang layak dibawa untuk PRU 15 nanti. Kalau tidak biar sahaja saya, budak kampung sini yang bertanding, kalau bukan 3 nama di atas.

Turut menyokong cadangan agar Ketua UMNO Bahagian sebagai calon Lembah Pantai adalah sebahagian besar AJK UMNO Bahagian yang juga ketua-ketua UMNO Cawangan lainnya antaranya tuan Haji Ismail Masri Ketua Cawangan Vista Angkasa, Tuan Arifin Abu Nawas Ketua Cawangan Pasir Permata, Haji Termizi Mat Amin Ketua Cawangan Cempaka E dan hampir ke semua Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lembah Pantai.

Saya harap pucuk pimpinan tertinggi UMNO, Dato’ Seri Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Dato’ Seri Utama Mohd Hj Hasan dapat membuat keputusan sebaiknya demi kemenangan UMNO di sini untuk kali ini.

[/sociallocker]

 

(Visited 337 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button