fbpx
Rencah Hidup

Mukhriz pun kayuh basikal

Sukan basikal semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Bukan sahaja rakyat biasa, golongan bangsawan juga mula berjinak dengan sukan berimpak rendah tetapi bagus meningkatkan ketahanan sistem pernafasan dan melancarkan pengaliran darah ini.

Terbaharu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut memuatkan foto beliau berbasikal di twitter miliknya.

Kalau masa menjadi menteri besar Kedah tempoh hari beliau berbasikal mungkin ia satu tarikan dan ramai yang berbasikal di Kedah.

Dua kali menjadi menteri besar sudah tentu mampu melahirkan jagoan di dalam bidang berkenaan.


Ini adalah kerana basikal memang telah sebati dengan orang Kedah yang banyak menggunakannya di sawah padi dan sebagainya.

Silap-silap Kedah sudah mempunyai laluan basikal yang sebenar-benarnya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Show More

Related Articles

Back to top button