Muhyiddin Yassin akan menjadi “poster boy” dalam pilihan raya umum akan datang – Wan Saiful
Di sebalik kritikan Umno, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengakui presiden mereka Muhyiddin Yassin akan menjadi “poster boy” dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya perkara itu telah pun ditetapkan daripada awal.
“Ini apa punya tak logik punya soalan. Dari awal sampai habis Tan Sri Muhyiddin memang poster boy kita. Tak ada sebarang persoalan, tak ada keraguan.
“Itulah dia lambang utama seorang pejuang yang sanggup hilang kedudukan sebagai timbalan PM, sebagia timbalan presiden semata-mata untuk kembalikan integriti dalam negara,” katanya merujuk kepada pemecatan Muhyiddin ketika Umno dipimpin oleh Najib Razak sebelum ini.
Bagaimanapun, Wan Saiful membangkitkan persoalan sama ada Umno berani mengumumkan presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi untuk peranan yang sama.
“Saya cabar namakan Zahid Hamidi sebagai PM dari Umno.
“Kalau pengecut tak berani sebut nama Zahid jangan dok sentuh presiden dari Bersatu,” katanya dalam ceramah di Sembrong, Johor malam tadi.
Laporan asal dari Malaysiakini