AgamaNasional

Mufti P. Pinang mahu undang-undang diperketat, bendung hina agama

SUDAH tiba masanya undang-undang sedia ada disemak dan diperketatkan lagi supaya individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab tidak dapat mengulangi perbuatan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di Malaysia.

Itu yang diperkatakan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd yang mahu undang-undang sedia ada disemak dan diperketatkan.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati menghina peribadi Nabi Muhammd dan perlu dikenakan hukuman yang lebih keras,

“Demi memelihara kestabilan negara dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, pihak berkuasa perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad dan seterusnya, pelaku harus dikenakan hukuman yang lebih keras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini dalam mengulas satu video tular memaparkan seorang lelaki didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai kata-kata makian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button