Politik
Muda nafi logo tulisan jawi ada kaitan jelajah PN
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menafikan yang tulisan jawi tertera pada sepanduknya ada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya, Muda Kelantan berkata, itu adalah logo rasmi baharu cawangan itu.
MUDA Kelantan berkata, tulisan jawi sudah sebati dan menjadi satu identiti serta amalan biasa sejak sekian lama di negeri itu.
“Kebiasaannya tulisan jawi dipaparkan di sekolah agama, pusat tahfiz, surau dan masjid. Bezanya di Kelantan, ia dipaparkan menerusi papan tanda kedai, billboard dan juga poster iklan yang bersaiz kecil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.