Ekonomi

Inflasi keseluruhan meningkat, manakala inflasi teras kekal tidak berubah

Inflasi keseluruhan meningkat kepada 1.8 peratus pada bulan Februari berbanding 1.5 peratus di bulan Januari, manakala inflasi teras kekal tidak berubah pada 1.8 pertaus.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataan memberitahu, peningkatan inflasi didorong terutamanya oleh inflasi yang lebih tinggi untuk utiliti berikutan semakan kenaikan tarif air pada awal bulan Februari.

Bagi inflasi teras, inflasi untuk makanan dari luar rumah yang lebih tinggi sebahagian besarnya diimbangi oleh inflasi yang lebih rendah untuk sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa.

Indeks pengeluaran industri perkilangan pula kembali pulih kepada 3.7 peratus pada bulan Januari 2024 berbandung 1.4 peratus pada Disember tahun lalu.

Pertumbuhan kelompok berorientasikan eksport meningkat berikutan pengeluaran produk kimia, getah dan plastik yang lebih kukuh manakala pengeluaran elektrik dan elektronik (E&E) mencatatkan pemulihan yang
sederhana.

Sementara itu, pertumbuhan kelompok berorientasikan dalam negeri bertambah baik, mencerminkan peningkatan pengeluaran peralatan pengangkutan dan bahan binaan.

Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.1 peratus pada akhir bulan Februari 2024 (Januari 2024: 5%), disokong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman terkumpul yang lebih tinggi (5.6%;
Januari 2024: 5.4%).

Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul meningkat kepada 4.7% (Januari 2024: 4.3%), didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman modal kerja dan pinjaman berkaitan pelaburan.

Sementara itu, pertumbuhan bon korporat terkumpul menurun kepada 3.3% (Januari 2024: 3.6%).

Bagi isi rumah, pertumbuhan pinjaman terkumpul kekal stabil pada 6.1% (Januari 2024: 6%), dengan pertumbuhan yang berterusan merentas tujuan pinjaman utama.

Yang ketara, pertumbuhan bagi pengeluaran pinjaman isi rumah kekal menggalakkan (11.1%; Januari 2024: 19%). – SM

(Visited 8 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button