NasionalUncategorized

Membantu kanak-kanak naik eskalator dikatakan cuba menculik

DUA warga Nepal yang ditahan kononnya cuba menculik kanak-kanak sebenarnya cuba membantu kanak-kanak terbabit untuk menaiki eskalator di sebuah pusat membeli belas di Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan pihaknya mendapati dua lelaki berkenaan, yang pada awalnya didakwa sebagai penculik, tetapi sebenarnya mereka  cuba membantu kanak-kanak berkenaan untuk menaiki eskalator pusat tersebut yang rosak semasa hari kejadian.

Katanya, tidak berlakunya kes culik membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur setahun tujuh bulan di pusat membeli-belah di Klang Sentral, Klang seperti yang tular dalam media sosial, pada Selasa lalu.

“Saya sendiri telah melihat rakaman dua kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan. Berdasarkan rakaman serta keterangan daripada dua lelaki itu, mereka cuba membantu kanak-kanak tersebut dengan mengangkat ke eskalator berkenaan.

“Kemudiannya, mereka menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kanak-kanak berkenaan. Mungkin disebabkan panik, wanita terbabit menjerit kerana mengandaikan anaknya akan diculik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian pada pukul 7.30 petang itu berlaku apabila dua lelaki warga asing didakwa cuba melarikan kanak-kanak terbabit.

Melihat kejadian itu, ibu mangsa telah menjerit serta menarik semula mangsa daripada suspek. – SM

 

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button