Hiburan

Muat naik gambar bercium, rupanya Hunny Madu dah berkahwin

SEBELUM ini ramai yang tertanya-tanya mengenai status selebriti, Hunny Madu yang memuat naik sekeping gambar bercium dengan seorang jejaka ‘mat saleh’ di akaun Instagram miliknya.

Ramai yang beranggapan gambar itu adalah sesuatu yang keterlaluan apatah lagi ramai yang tidak tahu hubungan sebenar di antara mereka.

Rupa-rupanya, lelaki yang dicium oleh Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim itu adalah suami terbaharunya yang juga seorang jejaka dari Itali bergelar cef.

Hunny bersama suaminya, Fedrighi Francesco bernikah pada 2 Mei lalu dan majlis tersebut dilakukan secara atas talian memandangkan situasi pandemik Covid-19 masih belum reda.

Malah, majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarganya di ibu kota itu tidak membabitkan tetamu.

“Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja. Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya.

“Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza. Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru. Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” katanya seperti dilaporkan Kopi Planet.

Menurut Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, majlis resepsi sepatutnya diadakan bulan September lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Difahamkan, suaminya memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018.

Dalam pada itu, Hunny juga ingin memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar yang dimuatnaik bersama cinta hati yang dianggap keterlaluan dikongsi di Instagram.

“Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu,” katanya.

Hunny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010, namun mereka berpisah pada Oktober 2018. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button