Muafakat Nasional teguh dengan prinsip NGO, bukan berlatar belakangkan parti!
Muafakat Nasional yang diterajui Tan Sri Anuar Musa teguh dengan prinsip pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan berlatar belakangkan mana-mana gerakan parti politik
“Kita sudah setuju dan sepakat MN kekal sebagai satu NGO. Kedua, MN akan terbuka kepada semua ahli parti dan bukan parti bagi membolehkan peranan MN adalah ke arah menanam nilai-nilai dan kefahaman kenegaraan yang berasaskan kepada tiga prinsip tadi iaitu kasih sayang (love), perpaduan (unity) dan saling menghormati (respect).
“Love, unity, respect, must not taken by granted. Harus ada usaha yang tersusun untuk melatih rakyat terutamanya generasi muda agar dapat memahami rasa bertanggungjawab membangunkan negara setelah ditanam nilai-nilai ini dengan cara yang teratur,” katanya.
Annuar berkata dalam sidang media memperjelaskan konsep kasih sayang, perpaduan dan budaya hormat-menghormati yang menjadi tunjang kepada penubuhan MN.
“Di sinilah kita merasakan MN boleh memainkan peranan seperti mana anggotanya tak mengapalah datang daripada berbagai-bagai parti dan sebagai badan NGO kita cuba lakukan sekadar mana yang kita mampu.
“Kita tidak akan jadi satu badan yang glamorous, satu badan yang kaya raya, satu badan yang kuat, satu badan yang orang kata mengancam sesiapa, kita mahu ambil pendekatan positif dan konstraktif,” katanya.