Nasional

MRA laksana bantuan banjir di Sabah

Walaupun sudah hampir dua minggu bencana banjir berlaku di Sabah dan Sarawak, usaha membantu mangsa bencana yang mula pulang ke rumah pasca banjir kali ini menjadi fokus utama Malaysian Relief Agency (MRA) membantu mangsa yang memerlukan bantuan, situasi banjir kali ini menyebabkan hampir ribuan mangsa terpaksa berada dalam keadaan sukar lebih-lebih dalam suasana perayaan Kamaatan-Gawai dan pandemik Covid-19. Dianggarkan lebih 5000 mangsa banjir masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak berwajib dan NGO untuk membantu mereka pasca banjir kali ini.

Presiden MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, kumpulan sukarelawan MRA di Sabah telah menyediakan bantuan air bersih melalui penghantaran lori tangki air berkapasiti 25 ribu liter air bersih untuk diagihkan kepada penduduk Kg.Gadong, Beaufort bagi kegunaan harian mereka. Sementara itu, pagi tadi MRA Sabah juga telah turun ke daerah Tenom bagi mengagihkan air bersih dan bantuan pek makanan kepada 70 buah keluarga di Kg.Kalibatang Lama, Kg Kuala Tomani dan Kg. Merais yang terkesan teruk dengan banjir baru-baru ini.

Katanya, dalam masa yang sama MRA Sarawak sedang giat merangka pergerakan bantruan dan sokongan pasca banjir kali ini kepada mangsa yang akan pulang ke rumah masing-masing selesai surut banjir di kawasan pedalaman yang terjejas.
Antara fokus bantuan pasca banjir yang dicadangkan adalah membekalkan air bersih untuk kegunaan seharian dan minuman memandangkan mangsa banjir di pedalaman bawah Sabah khususnya di kawasan yang mengalami isu bekalan air.

“Bantuan pek makanan asas, pek kebersihan diri dan pembersihan rumah pasca banjir juga akan menjadi fokus utama bantuan yang akan digerakkan dalam masa terdekat nanti. Bagi bantuan logistik pula, MRA juga akan meneruskan kerjasama dengan mereka yang memerlukan khidmat logistik bagi menghantar bantuan melalui kereta pacuan 4 roda dan juga bot sebagai alternatif untuk kawasan yang terputus hubungan,” katanya.

Malaysian Relief Agency (MRA) sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban mangsa banjir di Sabah dan Sarawak dengan memberikan sumbangan ke akaun Malaysian Relief Agency (PUBLIC BANK – 3988591608

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button