Ekonomi

MR D.I.Y. Group memacu pertumbuhan syarikat dengan 35 cawangan baharu di 7 negeri

PERUNCIT perkakas rumah kegemaran ramai, MR D.I.Y. Group akan lebih mudah diakses oleh  rakyat Malaysia bermula Oktober ini; apabila Kumpulan tersebut membuka 35 cawangan baharu di tujuh buah negeri di negara ini.

Cawangan-cawangan tersebut terdiri daripada 14 cawangan MR. D.I.Y., tiga cawangan MR. D.I.Y. Express, enam cawangan MR. TOY dan 12 cawangan MR. DOLLAR, menjadikan jumlah keseluruhan cawangan milik kumpulan tersebut sebanyak 830.

Mengumumkan pelan pembukaan cawangan baharu tersebut, Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran, MR D.I.Y. Group (M) Berhad, berkata, “MR D.I.Y. komited untuk memenuhi janji “Always Low Prices” kami di lokasi-lokasi yang strategik untuk lebih ramai rakyat Malaysia. Kami sedar bahawa corak pembelian telah berubah — pengguna memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka, dan mahukan kedai yang memenuhi
keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk.

“Ini sesuai dengan kami memandangkan kami mempunyai 830 buah cawangan dan hampir 20,000 jenis produk. 35 cawangan baharu ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan mengakses kami dengan lebih mudah dan terus memacu pertumbuhan perniagaan kami.”

Beliau menambah pembukaan tiga cawangan baharu MR. D.I.Y. Express akan menarik perhatian penduduk luar bandar. “MR. D.I.Y. Express adalah format kedai baharu kami yang direka khas untuk lokasi yang berketumpatan  tinggi dan komuniti luar bandar.

Bersaiz 2,000 hingga 3,000 kaki persegi, kedai-kedai ini dilengkapkan dengan pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh komuniti di kawasan tersebut. Kami menggunakan analisis data yang teliti untuk mengenal pasti trend pembelian di lokasi-lokasi berbeza, kemudian mengisi stok yang sesuai di cawangan-cawangan tersebut untuk memastikan pelanggan gembira dengan format peruncitan moden kami yang relevan dan bermanfaat.”

Chin juga mengumumkan pelancaran “Grand Opening Event” [GOE] tahun ini, yang akan dijalankan pada dua hujung minggu pertama bulan Oktober di cawangan-cawangan baharu tersebut. Ini merupakan kali keempat MR. D.I.Y. Group menjalankan kempen tahunan itu.

Bersempena GOE pada tahun ini, MR D.I.Y. akan memberikan 41,000 hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu itu.

Pelanggan awal yang membelanjakan minimum RM40 di kedai MR D.I.Y, atau RM30 di kedai MR. DOLLAR dan MR. TOY akan layak memenangi hadiah percuma. Pelanggan yang layak akan menerima payung berwarna pelangi, botol air, patung lembut, pek MILO 3-dalam-1, bijirin Koko Krunch, minuman coklat Hershey’s, dan banyak lagi.

Chin juga berkata pelanggan boleh meyakini bahawa pengalaman pembelian di cawangan-cawangan tersebut adalah selamat dan selesa, dengan 99% daripada kakitangan jualan Kumpulan itu telah menerima vaksinasi lengkap. Kumpulan tersebut juga akan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai GOE, layari: ttp://bit.ly/nationwidegoe4mrdiy.

Senarai penuh cawangan yang terlibat dalam GOE adalah seperti di bawah:

Kumpulan 1 (1 – 3 Oktober 2021)

  • MR D.I.Y. Johor Pusat Perniagaan Kota Emas, Pontian
  • MR D.I.Y. Express Kelantan Jalan Pasar Lama, Wakaf Bharu
  • MR D.I.Y. Kelantan Jalan Telipot, Kota Bahru
  • MR D.I.Y. Melaka Taman Paya Rumput Utama
  • MR D.I.Y. Melaka Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana
  • MR D.I.Y. Melaka Taman Sungai Baru Ilir Jaya, Masjid Tanah
  • MR D.I.Y. Penang Taman Oren Hartamas, Kubang Semang
  • MR D.I.Y. Penang Villa Harmoni, Tasek Gelugor Seberang Prai Utara
  • MR D.I.Y. Selangor Taman Muara Esbee, Sungai Buloh
  • MR D.I.Y. Selangor Sunway Pyramid
  • MR. TOY Kuala Lumpur AEON Alpha Angle, Wangsa Maju
  • MR. TOY Kuala Lumpur MyTOWN Shopping Centre
  • MR. TOY Penang Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas
  • MR. DOLLAR Johor Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru
  • MR. DOLLAR Johor KIPMall Kota Tinggi, Kota Tinggi
  • MR. DOLLAR Penang Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas
  • MR. DOLLAR Selangor Dataran C180, Cheras Selatan

Kumpulan 2(8 – 10 Oktober 2021)

  • MR D.I.Y. Express Johor Taman Pura Kencana, Batu Pahat
  • MR D.I.Y. KL Ativo Plaza, Bandar Sri Damansara
  • MR D.I.Y. Express KL Jalan Telawi 4, Bangsar
  • MR D.I.Y. Melaka Taman Satu Krubong
  • MR D.I.Y. Melaka Pusat Perniagaan Lubok Cina
  • MR D.I.Y. Melaka Taman Duyong Bestari, Ayer Molek
  • MR D.I.Y. Penang Pusat Perniagaan Oren, Butterworth
  • MR. TOY Johor AEON Taman Universiti, Skudai
  • MR. TOY Penang All Seasons Place
  • MR. TOY Selangor Central i-City, Shah Alam
  • MR. DOLLAR Johor Kluang Mall, Kluang
  • MR. DOLLAR Perak Terminal Pusat Perdagangan Kampar, Kampar
  • MR. DOLLAR KL MyTOWN Shopping Centre
  • MR. DOLLAR Melaka Bandar Baru Sungai Udang, Melaka
  • MR. DOLLAR Penang Pusat Perniagaan Oren, Butterworth
  • MR. DOLLAR Penang All Seasons Place
(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button