Nasional

MoU antara UKMShape, Gading Eduventure dan IAIN Bone Makassar

TIGA pihak iaitu Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMShape), Gading Eduventure Sdn. Bhd. dan Institut Agama Islam Negeri Bone Makassar (IAIN Bone Makassar) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoUI) bagi meningkatkan kerjasama pendidikan.

Melalui MoU itu, Gading Eduventure akan bertindak sebagai fasilitator dalam memudahkan pergerakan pelajar antara UKMShape dan IAIN Bone Makassar, iaitu sama ada pelajar dari Makassar melanjutkan pengajian ke UKM atau sebaliknya.

Pengarah Urusan Gading Eduventure, Datuk Ir. Muhamad Guntor Tobeng berkata, pihaknya sebagai rakan kongsi perniagaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membantu hala tuju pendidikan antara negara serantau.

”Melalui kerjasama ini, kami menganjurkan lawatan ke kampus di Indonesia untuk memberi peluang kepada pelajar di sini yang berminat untuk belajar di Makassar.

“Kelebihan perjanjian MoU ini akan meningkatkan kualiti pendidikan generasi masa hadapan dan ekonomi nusantara antara Malaysia dan Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

[Pada MoU itu UKMShape yang diwakili oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Azahan Awang.

Guntor juga mengalu-alukan pelajar dari IAIN Bone Makassar yang ingin belajar di Malaysia melalui kursus pendek iaitu pendidikan TVET dan latihan praktikal mengikut bidang yang ditawarkan UKM.

Sehubungan itu, Naib Pejabat Antarabangsa IAIN Bone Makassar, Dr. Qudratullah Rustam berkata, pihak Makassar juga menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di Makassar.

“Kami memilih bekerjasama dengan UKM kerana tenaga peng­ajar di Makassar ramai dari­pada UKM.

”Setakat ini, kami telah menghantar seramai empat orang pelajar dan akan menghantar lebih ramai lagi yang ingin me­lanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) dan sarjana di UKM,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button