Ekonomi
Trending

Moratorium: BNM ubah fikiran, faedah dikenakan?

RAKYAT Malaysia yang mengambil moratorium seperti diumumkan kerajaan sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Koronavirus (Covid-19) bakal dikenakan faedah.

Hal berkenaan disahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) petang ini.

[BACA] Covid-19 : Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis tangguhkan semua program libatkan kehadiran pelajar sekolah — Suara Merdeka

Namun, tindakan itu disifatkan netizen bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang memaklumkan kemudahan berkenaan.

Kemudahan itu diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19 dengan memberi penangguhan bayaran balik selama enam bulan.

Produk bank yang terlibat adalah sewa beli (hire purchase) dan pinjaman peribadi.

Bagi pengguna kad kredit pula bergantung kepada jumlah penggunaan yang ditukar kepada bayaran ansuran.

Namun menurut ABM, peminjam yang memilih kemudahan moratorium mempunyai dua pilihan berikutan faedah dikenakan seperti diumumkan BNM hari ini.

[BACA] TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) — Suara Merdeka
[BACA] Kerajaan akan bela rakyat dalam sebarang situasi — Suara Merdeka

Pertama, bayar ansuran itu dibayar seperti biasa (tidak mengambil moratorium) dan tiada faedah tambahan akan dikenakan.

Kedua, peminjam menangguhkan bayaran sehingga September dan kembali membayar balik pinjaman pada Oktober dengan tambahan enam bulan berbanding tempoh semasa.

Bagaimanapun, faedah bergantung kepada perjanjian pinjaman dan kadar pula mengikut penangguhan.

Faedah bagi enam bulan itu perlu dibayar sepenuhnya apabila tempoh moratorium tamat.

Namun, tambah ABM, tiada caj lewat akan dikenakan bagi peminjam yang tidak mahu mengambil moratorium bermula esok.

Sebaliknya, caj lewat bayar akan mula dikenakan bermula bulan Julai.

[BACA] Persoalan permohonan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat — Suara Merdeka
[BACA] Penangguhan bayaran enam bulan pinjaman secara automatik — Suara Merdeka

Sementara itu, BNM pula meminta pihak bank supaya memberi penjelasan yang mudah difahami kepada pelanggan masing-masing. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button