Nasional

Model berani tayang dada, Penganjur Minggu Fesyen Kedah dikenakan tindakan

Tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah 2022 2022 (KFW22) kerana didakwa menampilkan model berpakaian kurang sopan.

Dalam beberapa gambar yang tular di media sosial, model itu memakai blazer hijau dengan butang terbuka, dan kelihatan seperti tiada baju dalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata pihak berkuasa juga akan memanggil penganjur acara untuk mendapatkan penjelasan di sebalik fesyen itu.

“Kami menerima aduan mengenai acara itu kerana menampilkan model berpakaian kurang sopan. Kami akan memanggil penganjur dan menuntut penjelasan,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.

Beliau berkata berdasarkan semakan, penganjur tidak mendapat permit untuk mengadakan acara seumpama itu, yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Gambar-gambar itu didakwa diambil semasa acara yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar dari 5 Ogos hingga 7 Ogos.

Pada 4 Ogos lalu, Dr Mohd Hayati telah menasihatkan penganjur untuk mendapatkan kelulusan berkaitan dan mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pejabat daerah Kota Setar.

Jelasnya, acara itu bukan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan pejabat daerah bertanggungjawab ke atas kelulusan dan pelesenan.

Beliau berkata peranan MBAS adalah untuk memastikan penganjur mematuhi peraturan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button